Ku kenali blog dia lebih setahun yang lalu. Penulisan dengan gaya bahasa yang sungguh baik, dalam pada masa yang sama tidak panjang berjela atau membosankan macam entri blog aku. Sering membawakan topik-topik yang menarik dan segar, sentiasa boleh buat aku memberi komen yang panjang berjela juga. Banyak tip-tip dunia blogging dan internet yang menjadi panduan ketika aku baru bermula lebih setahun dulu. Yang paling menarik, dia boleh membawakan isu atau persoalan semasa/sosial menjadi perbincangan di blog. Keep up the good job bro.
Blogger yang banyak menulis mengenai drama Korea dengan gaya yang sungguh santai. Siapa kata kalau nak ber-blog kena guna bahasa Malaysia baku? Waiem-unnie boleh je selamba menulis ikut suka dia, masih jugak semua orang boleh faham….malah makin buat entri dekat di hati pembaca.
Siapa kata mesti guna wordpress baru mesra google? Masih setia berblog di platform blogspot sejak 2004 lagi; blog waiem unnie kini sudah ada ‘Google Authority Listing‘ (betul ke istilah?ehehe). Sungguhpun orang asyik menyepam je shoutbox dia…dia layan je… (kalau aku memang rrr delete tanpa perasaan). Blog ni ada potensi untuk menjadi blog info hiburan Asia no 1 Malaysia; tapi Waiem-unnie lebih suka low profile dan katanya berblog untuk suka-suka semata-mata. Baiknya, takde pressure nak maintain trafik tiap hari; boleh je selamba badak wiken tinggalkan blog dengan ahli-ahli GO untuk diporak-poranda-kan…. (aku pun tulis free-style ni apa kes???). Lastly, walau aku rasa trafik blog ni ratus-ratus tiap hari dari google, takde pun owner dia kemaruk nak letak iklan ke, follower ntah apa-apa ke…hohoho.
Tapi, se-korea unnie, masih juga dalam lingkungan syariat. Itu yang paling aku suka. Kadang-kadang random info yang bermanfaat pun dimasuk sekali. hohoho. Mula bulan depan unnie dah makin sibuk…tapi harap unnie terus mantap berblog…ehehehe.
BLOGGER BOY
Labels
- HALAMAN UTAMA (1)
- idaman kalbu (1)
- LANGKAH 2 (1)
- MAKANAN (1)
- sumber ilham (1)
- usaha (1)
solat
ym
table cellpadding="0" cellspacing="0" border="0">romharizal79@yahoo.com 
by Idwebtemplate.com
script language="JavaScript" src="http://adiwidget.com/js/adibottom.js" type="text/javascript">
chat box
script language="JavaScript" src="http://adiwidget.com/js/adibottom.js" type="text/javascript">
REKAAN BLOG SAYA BERI CADANGAN DAN KOMEN
About Me
Blog Archive
Selasa, 25 Mei 2010
Posted in | |
0 Comments »




One Responses to "inspirasi"
Catat Ulasan